WANG DAN WANGI REZEKI DI CARI

Tuesday, May 30, 2006

Hari ini malasnyer

Is .. hari ni entah kenapa rasa berdebar debar ...entah entah ada penyakit yang aku tak ketahui ..lupakan itu.. kemalasan aku nak berblog ni semakin menjadi jadi ..mana tidak nyer habis berterabur setting blog aku ... nak cantikkan blog lah konon tapi yang jadi nyer macam ni berterabur tak tentu pasal macam kena gegeran atau lebih tepat seperti lepas gempa bumi di Yjokkarta kat indonesia.. takziah kepada mereka yang ditimpa bencana.... tengah tengah surf internet tadi aku terbaca pasal adsense ... macammana nak cari duit lebih dengan benda ni . Kerja ni memerlukan ketabahan mencari sumber sumber yang perlu untuk dapat komisyen ada juga yang mencadangkan keyword keyword yang popular seperti car insurance loan hotel credit cardtravel dan entah lah macam macam ada seperti kata pakcik astro. lecehlah setting post aku ni perlukan word verification ...nanti lah aku coba diable kan benda ni...

Tuesday, May 23, 2006

Aku bedal jer


Aih ...pasal ko tetiba jer masam..malam masam pagi masam tengahari masam petang masam.... peliklah ko ni aku pun tak faham. Nak kata sewel tak juga nak kata apa ..aku pun tak tau.. Kenapalah ko ni ????... Janganlah dipendam perasaan tu ..luahkan luahkan biar ia melempah ruah seperti tsunami 2004 dulu tp janganlah dahsyat sangat.. Memang hidup ini tidak bisa memuaskan .

Selagi apa yang dikatakan hidup , segala kepuasan pasti tidak akan kunjung tiba.. ianya hanya seketika , selepas itu keinginan untuk sesuatu yang baru pasti mengetuk pintu hatimu. Tapi nak buat macammana hati orang fikiran orang mana sama dengan aku. Biarlah aku adalah aku dan kamu adalah kamu. Jangan jadikan ianya sebagai alasan.. alasan apa pulak ni ... meracau lah aku ni entah apa apa yang keluar dari kepala hotak aku ni.. alamak mata ku dah berbening bening .... Mana duit ni ...aku dah broke betul ni..alahai macammana ni... cinabeng betul weyyyyyyyyyyyyyyyy... hahahhaha aku dah sod dah oklah .. wahai blog ku nanti aku sambung balik...,.

Monday, May 22, 2006

Dah..

11.45 malam.... apalah malam ni boring teramat sangat... tak der kerja aku baca blog orang ..baca n baca ..ketawa guling guling baca blog BabyShea pasal luahan Hati Nyah... pastu baca TICTOK punya blog pasal Coklat Kek pastu buat Komputer Customer 4 bigik sekali gus mana tak letih tak cukup tangan pastu nasib baik tak guna kaki...
TAk tau nak cakap apa... aku ni cepat sangat bosan .... ish ish takper takper aku hantam saja ...aku ikut jer hentakan Jemari aku ni sampai hilang idea aku nak tulis apapun... nanti lah aku tulis lagi ...BOsaN weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....... perut lapar ni tengah berkecorong dah brrrrrrrrrtttttt..... hmmm... ok lah

Sunday, May 21, 2006

Akhirnya...

Akahirnya berjaya jugak aku letak gambar sebagai background title Blog aku ...hehehe setelah penat menyelongkar di Google akhir nya aku berjaya walaupun tak sehebat mana namun aku cukup gumbira hehehehe what ever!!! ok dalam aku asyik menekan jemari kasarku diatas keyboard hitam ini ...BAAANGGGGGGGGGGGGG...motosikal terbabas kira kira 10 meter dihadapan kedai aku ..kepeyak debummmm...nasib tak cedera... ok ...hmmm petang ni hujan renyai renyai ...rasa nak tidur saja .....oklah tak da idea lagi so i nak ubah balik blog aku ini lak ...hehehhee

Saturday, May 20, 2006

8.30 am to 9.44pm

Huh...!!! since this morning (baru nak belajar cakap omputih hehehe )...I wake up this morning at 8.00am and go to my toilet lepas my sisa sisa toksid, after that I mandi ..mandi n mandi until I segar seperti bunga pokok Jambu Bol yang baru nak berputik.. Pas serapan n hisap rokok sebatang i pegi kat tempat mengundi... I undi (heheh undi rahsia) . Balik ke kedai pasang my komputer. Tau apa aku buat sudah pastinya mengodek setting BLOG aku hingga aku puas hati. Masih tak puas sebab aku belum tau nak tempel gambar sebagai background title aku...hmmm tak per aku akan usha kearah itu. pukul 10 pagi tadi datang seorang pompuan membawa komputer dia untuk diformat P$ 3.0 ghz ... Processor nya panas nak mampus...bila aku cek rupanya Processornya penuh dengan tebu yang sangat tebal...mana tidak panaslah benda tu sebab tak cukup udara. Aku buatlah apa yang patut sehingga lah ok seperti sediakala. Dari pagi sampai sekarang baru aku selesai .. fuyyooo rasa mau pengsan..dah lah customer berulang alik ..ada yang photostat ada yang mintak reload card macam macam ada... tak tau aku nak kata apa lagi almaklumlah bukan penulis hanya mengikut rentak hentakan jemari sahaja. ...ahhh nantilah aku sambung balik.. Eh tunggu dulu Keadilan hampir menang disini setengah daripada undi beralih kepada mereka. Di Padungan atau Kuching kalu tak silap aku Keadilan dapat 1 kerusi... heehehe DEmokrasi.. so i tak da idea lagi so cukup sampai disini....

Friday, May 19, 2006

TERIMAKASIH TAK TERHINGGA

letih, muak, bosan, tp aku tetap teruskan jugak semuanya pasal benda alah yang dinamakan BLOG ni...setelah sekian lama terkial kial macam kucing berak kapur..eh kucing berak kapurkah? Ayam rasanyalah... mujurlah ada seorang hamba Allah yang mengelarkan dirinya Mr. Forensics yang sudi secara peribadi menolong aku setting BLOG ni ( terimakasih daun keladi ada masalah aku tanya lagi nanti :) ....buat masa sekarang ni apa saja yang aku ingin lakukan aku akan tempel jer kat setting Blog ni namun ada yang menjadi dan adapulak yang jadi keladi... takpa usaha itu tangga kejayaan.. masa ni beginilah wajah hensem blog aku ..tak tau selepas aku dapat PHD dalam Blog memBlog ni aku nak jadi Dr. Bedah Plastik Blog hehehhee ...itu saja setakat ini ..untuk Mr Fronsic TQ TQ TQ very strawbery... Salamm....

Wednesday, May 17, 2006

BUAT PERMULAAN


I DONT KNOW Y, TODAY I WAKEUP PUKUL 11 PAGI...nothing to do ..i mandi n then pasang my baju n go to my office :)