WANG DAN WANGI REZEKI DI CARI

Friday, August 03, 2007

MINUM PAGI


MINUM PAGI
BREAKFAST
SARAPAN
NYRUP
LIM CHUI
TUTANG ANUM

Sunday, June 24, 2007

Kesulitan Hidup

Setiap hari jiwa resah , hati gundah tiada ketenangan.
Setiap detik jiwa kecut gelisah di gangu hutang
hutang keliling pinggang
bertuahnya hidup sebagai sorang islam
walau sesusah mana hidup
berdoalah kepada Allah
pasti ada penyelesaian

Sunday, August 13, 2006

AKU BEBAS

hmmm..lepas bebas aku dah bebas...hhehehh memang aku dah bebas...tiada lagi aku hirau rayuan dan godaan mu. aku lepas bebas dari cengkaman mu hehehe bye bye 2 u ...adios

Wednesday, July 26, 2006

Dah Dekat 2 bulan

hari ini 26 July 2006, selama 1 bulan 26 hari aku tiada menghentakan jemari aku disini. Tidak ku tahu kenapa. Bosan , malas, biol , tambah tambah kelembapan blog mencukupi resipi kek kemalasan yang coba ku hidangkan disini untuk santapan mata sesiapa saja yang berkunjung ke teratak maya di alam yang penuh fantasi ini.

Sepanjang masa ini aku hanya merayau diseluruh pelusuk dunia.Sungguh dunia semakin hari semakin kecil. Ko nak ke London ? ha.. taip jer london pasti ko dah kesana , tak payah naik kapal terbang , kapal renang ker , tak payah tak perlu itu semua yang ko perlukan hanya sejenis robot yang dinamakan komputer dan talian streamyx..ahhh yang biasa biasa pun tak ..susah susah ko pegi CC dah...semuanya disitu...

Friday, June 30, 2006

LAmbatnyer

Daripada aku nak postkan benda lain ...ini pulak yang aku taip kat sini,
punya lah lambat n lembab nya si goBLOG ni nak bukak.... dah aku nak balik dah

Saturday, June 17, 2006

Pedih Perut aku

LApar eh..mana nak pegi ni...poket kosong ..perut lapar...aisey men...IAsp rokok dari tadi .... nah sekarang dah kembung perut.. DUit duit dimana ko duit..sapa sapa nak tolong aku dapat duit ni.... klick lah iklan google kat sebelah sana ..kalo nak duit sama, lepas klick register terus..
Blik pada lapar tadi, dah meruap dah perut aku ni...waaaaaaaaa...nak makan ..nak makan

Wednesday, June 14, 2006

How to Save Money on Website

How To Save Money on a Website
by: Talita Kindermann


Know what you want

Make sure you know why you want a website and what you want your website to do for you.

Write down some short term and long term goals. Establishing an Internet presence for your business is an important step – make sure you do it right! You need to have a clear vision before you start.
Surf the internet

Compile a list of websites that appeal to you in aspects of: colour scheme, content, layout and other related design properties. This will help your web designer factor in your personal tastes and preferences into the design process and produce a website you're proud of!
Plan the content of your website

Draw a hierarchical tree menu structure (site map) so that you can see how everything will fit in and write down the names of your pages. You know your company better than your web designer! Write the content for your website – even if it is just in bullet points, a skilled copywriter can always step in from there. Keep in mind you need to write for your website visitors. As always, content is king.
Take some pictures for your website

Snapshots of staff, products, or your work environment improve the visual appeal of your website and familiarize your customers and potential customers with your business. You can save a lot of money by providing your website designer with photos you have taken yourself, rather then having them source relevant stock photography online.
Find a competent web designer

Make sure you choose carefully. Find a web design company that you feel comfortable and confident with in terms of credibility, portfolio, price and overall professionalism.

Interested in obtaining another independent quote on your website project? Please contact our web design team with your requirements and we will get back to you within 48 hours. Our engagement model includes a comprehensive pre-project checklist & guide to help you further establish your website objectives.
About The Author

Talita operates a family web development firm based in sunny Brisbane, Australia. She enjoys sharing her knowledge and expertise in web design, ecommerce, email marketing and search engine optimisation. Visit her business website, Kintek: http://www.kintek.com.au/

Monday, June 12, 2006

HAntu

Gambar ni aku ambik dari sini
Hantu

by Micha F. Lindemans
The Malay word denoting any type of invisible, frightening being; a spirit, ghost, or demon. There are many varieties of hantu, such as the storm demon, Hantu Ribut; the deep-forest demon, Hantu Rimba; the grave demon, Hantu Kubor; and the tiger demon, Hantu Belian.

BEGITULAH sedikit sebanyak TAFSIRAN MENGENAI hANTU...yang aku korek dari Google

Hantu ni lebih ditakuti manusia daripada tuhan...mana tidak aku kata begitu... Segala larangan tuhan selamber jer kita buat..bermakna kita tidak takut padaNya...Tapi kalo sebut sahaja hantu pasti berdiri bulu roma terutama ditengah malam sunyi ketika berjalan seorang diri di kawasan lenggang pulak tu.. Tapi ketika itu juga secara automatic juga dalam kepala hotak kita mengingati ayat ayat suci Al-Quran untuk menghalang Hantu dari menggangu kita.. tak gitu...hehheh itu akulah...orang lain aku tak tau.. bercakap pasal hantu ni..seumur hidup aku tak pernah lagi terserempak dengan hantu...bukan cakap tingggi atau takbur...memang aku tau keujudan mahluk ini dibumi ALLAH..
Suatu ketika dahulu ketika itu aku masih kecil lagi , tak tau hantu kah atau khayalan aku sahaja. Suasana padi itu memang sunyi yang kedengaran hanya lagu nyayian Sharifah Aini bertajuk September... sampai sekarang ni aku masih lagi ingat melodi lagu itu. Bangun sahaja aku dari tidur aku terus duduk di hadapan pintu sambil termenung, belum sarapan pagi lagi, hujan panas diluar sana, sawah padi saujana mata memandang, ketika itu lah aku melihat satu lembaga yang kelihatan seperti ...cammaana nak explain hah??? macam ni lah you all pernah tak lihat seseorang dibalik sermin yang kabur tu..macam tulah lebih kurang bentuk badan mahluk ni... tetapi ianya jelas kelihatan cuma kita boleh lihat menembusi badannya macam lutsinarlah. So dipendekkan cerita lembaga ni menjebik kat aku ..almaklumlah masih kecil mesti marah kalo dicebik ..lantas aku turun tangga untuk mengejar lembaga tersebut. Semakin aku kejar semakin jauh dan pantas ianya lari merentasi sawah padi. Jadi aku berhenti lah di atas ban..sambil memerhati dari jauh rasa nak ku pelenkong jer lembaga itu. Oleh kerana aku tak dapat mendapat kan lembaga itu aku balik lah kerumah. Emak aku dan adik beradik aku hairan melihat aku berlari kearah sawah. Jadi mereka bertanya apa yang telah aku buat so aku ceritalah apa yang sebenar yang terjadi... setakat tu aku lupa dah...so itulah pengalaman aku setakat ini melihat lembaga ni di alam nyata dan di siang hari.. selebihnya hanya di dalam mimpi... Dalam mimpi lagi lah dahsyat macam macam bentuk dan rupa.. hanya ayat ayat alquran jer yang aku guna sebagai senjata melawan mereka didalam mimpi. Setakat ini aku selalu Hero dalam mimpi aku hhehehee tak tau lah esok atau lusa...

Thursday, June 08, 2006

Malin Kundang Edisi terbaru

Memang naluri aku ini amat sensitf...maksud aku bukanlah sensitif tak tentu hala tujunya itu...aku ni, bila perasaan atau lebih tepat lagi bila degupan jantung kencang daripada biasa dan rasa panas seluruh badan , pasti ada sesuatu yang akan berlaku .Nah memang betul hari ini aku terima notis saman dari bank pasal loan rumah aku yang terlebih 6 bulan tak bayar....baru tersentak aku dari lamunan ...padan muka aku... punya lah nervers...siap tepon sampai ke KL wooo... sedangkan sebelum ni aku dah janji naak bayar pada 15 hb ni...siap cik kat bank tulis kasi note lagi send ke sini.. tup tup dapat notis saman. Aku tefon lah ke sana...nasib cik tu ok , dia pun heran so dia suruh aku call bank kat sini ...soalpunya soal akhirnya settel....kena bayar sebelum notis tu expired...hehehe baru lah senang sikit rasa hati...

Kol 8 mlm tadi bawak mak ke klinik...Mak aku ni tak lah tua sangat cuma 73 saja tapi masih cergass cuma pandangan dia jer yang kurang sikit. Tangan nya alergic kat sabun buku..aku dah kata kat dia supaya jangan guna sabun tu , tp yelah orang tuakan.. nak cakaplebih lebih nanti takut tulah lak...

tak pasal pasal jadi Malin Kundang lak.....eeee jadi batu ...eee tak nak lah aku... so aku biar jer lah ...bah sekarang ni kesian pulak aku lihat dia tak dapat cuci tangan dan segala yang berkaitan ngan air. Sekarang ni pas makan minum n apa saja yang aku buat aku cuci sendiri. Alah sebelum ni pun aku buat sendiri gak...cuma kadang kadang tu ,part time aku malas aku tinggal lam sink.... jadi kat klinik tadi kena cucok 1 kali pastu dok bagi ubat . Ok settel ..

Kepada yang masih ada emak bapak tu kasihilah mereka sebagimana mereka kasih kan kita semasa merah telapak kaki sehingglah kita boleh berdikari sekarang ni...wey wey berapa banyaklah aku meraban kat sini.
Balik pada naluri tadi ..aku kalo apa apa perkara yang akan berlaku kepada akku mesti ada signal, terutama yang boleh menyusahkan aku... ..

aku rasa setakat ni saja hentakan jemari aku pada malam ni...esok sambong lagi ...tu pun kalo aku rajin atau jemari aku masih lagi berfungsi hehehhee chowwww....

Wednesday, June 07, 2006

Kau pergi jua..nyanyian dayang nurfaizah .... seharum mawar menyusuk lembut kecorong telinga aku ketika menghentak jemari ku ke keyboard ini...lantas ku abadikan dalam jiwa ku...sayangnya harapan yang selama ini aku bawa..jatuh bedebuk ke lantai heheheh.... terasa ingin mencipta kata kata yang berpuitis disini tetapi tiada bakat ..dan akhirnya hanya kata kata ini yang dapat aku hamburkan sebagai mengisi blog ini.. kadang kadang jeles jugak baca blog orang yang penuh dengan perkataan perkataan yang cangih mangih penuh dan sarat dengan ayat ayat power.. mungkin aku lupa taruk power ranger kedalam otak aku ni..tak per janji aku hentakkan jemari aku ke atas keyboard ini dang melahirkan huruf huruf yang sepeti mana kamu orang baca sekarang ini... setelah aku carik kat google huruf huruf aka ayat ayat power ni maka disini aku terjumpa mereka tapi indonesia punya lantaklah janji aku jumpa ...so sekarang ni aku coba bermain dengan kata kata, namun terasa kaku dan jengkel lantas aku persetankan rasa rasa aneh yang bisa menghalang jalan yang baru aku selusuri untuk mencari kata kata yang akan aku lahirkan disini...wakakakakaa sambil aku meleret senyuman pudar merenung tumpul kearah kepeingan kaca bergambar aka monitor dihadapan aku ini..... hahhahaa aku sendiri pun rasa nak muntah membaca tulisan aku ini. Apa apa pun aku hanya menulis sekadar menghiburkan hati...so yang lain aku peduli apa...hheheehe tu saja lah hentakan jemari aku untuk hari ini..selamat sore bapak bapak tante tante ibu ibu tuan tuan puan puan mr mr mem mem

Friday, June 02, 2006

Lembaga di balik pintu

Man..man..man ...tolong aku ni...cepat aku dah tak tahan !!! ish sapa pulak yang terpekik malam malam buta ni?! aku kehairanan sambil bulu roma aku tetiba jer naik....ahh ini orang bukannya hantu bisik ku pada diri sendiri sambil mengusap janggut ungu ku yang sejemput wakakaka hmm aku belum lagi menyahut pangilan yang aku tak pasti samada aku sedang bermimpi atau dah terjaga ...PAPPP!!! aku tampar pipi ku ..adoi !!! sakit ... memang sah aku dah terjaga... aku lihat jam loceng di atas TV menunjukkan pukul 2.57 pagi ....perlahan lahan aku berjengket menuju kearah pintu untuk memeriksa siapakah yang empunya suara di sebalik pintu ...MANNNNNNNN.... !!!! opocot !!! sialan ..aaaa ap a? sapa?? soal ku sambil pura pura baru terjaga dari tidur.. aku lah cepat lah sikit..HOIII!!! lekas lah dia dah semakin dekat cepat...cepatlerrrr...
..aku rasa aku kenal suara tu...terus ku buka daun pintu tanpa banyak soal .... ehh!!!!??? tiada siapapun diluar .. tetiba saja aroma busuk pekat menusuk lubang hidung aku seperti aroma Body Shop yang tajam yang sukar hilang walaupun dah dguna beberapa hari...uwekkkkkkkk...rasa mual seakan-akan lekat di salur tekak aku yang memang mudah nak muntah pabila terhidu gas gas beracun seperti itu....HOI siapa tu !!!! aku mula memberanikan hati meninjau kerah luar laman. Memang tiada orang tapi bau busuk itu memang hampis sangat.. pretttttttttttt... aku menoleh kekiri ....satu lembaga sedang mencangkung di hujung longkang tepi rumah aku ... Man jangan pasang lampu .... kata suara itu.. dalam hati aku berbisik ahh tak mungkin dia baik aku pasangkan lampu .. PAPP!!! Hoiiiiiiiii... tutupppp !!!! eh Usup apa ko buat kat situ!!! TUTUP lampu tuuuuu... Cinabeng betul rupanya dia melepas kat longkang tepi rumah aku ...chettttttt... siot betul ...

Selepas habis si Usop ni mengakhiri babak dia dilongkang itu sambil menjirus air yang banyak supaya "Body Shop" itu hilang . Aku bertanya sambil ketawa guling guling aku jugak rasa marah apasal dia buang "body Shop" tu kat tepi rumah aku .....tak sempat aku nak tanya dia terus masuk ke bilik air...... besok lah aku tanya....

Tuesday, May 30, 2006

Hari ini malasnyer

Is .. hari ni entah kenapa rasa berdebar debar ...entah entah ada penyakit yang aku tak ketahui ..lupakan itu.. kemalasan aku nak berblog ni semakin menjadi jadi ..mana tidak nyer habis berterabur setting blog aku ... nak cantikkan blog lah konon tapi yang jadi nyer macam ni berterabur tak tentu pasal macam kena gegeran atau lebih tepat seperti lepas gempa bumi di Yjokkarta kat indonesia.. takziah kepada mereka yang ditimpa bencana.... tengah tengah surf internet tadi aku terbaca pasal adsense ... macammana nak cari duit lebih dengan benda ni . Kerja ni memerlukan ketabahan mencari sumber sumber yang perlu untuk dapat komisyen ada juga yang mencadangkan keyword keyword yang popular seperti car insurance loan hotel credit cardtravel dan entah lah macam macam ada seperti kata pakcik astro. lecehlah setting post aku ni perlukan word verification ...nanti lah aku coba diable kan benda ni...