WANG DAN WANGI REZEKI DI CARI

Monday, June 12, 2006

HAntu

Gambar ni aku ambik dari sini
Hantu

by Micha F. Lindemans
The Malay word denoting any type of invisible, frightening being; a spirit, ghost, or demon. There are many varieties of hantu, such as the storm demon, Hantu Ribut; the deep-forest demon, Hantu Rimba; the grave demon, Hantu Kubor; and the tiger demon, Hantu Belian.

BEGITULAH sedikit sebanyak TAFSIRAN MENGENAI hANTU...yang aku korek dari Google

Hantu ni lebih ditakuti manusia daripada tuhan...mana tidak aku kata begitu... Segala larangan tuhan selamber jer kita buat..bermakna kita tidak takut padaNya...Tapi kalo sebut sahaja hantu pasti berdiri bulu roma terutama ditengah malam sunyi ketika berjalan seorang diri di kawasan lenggang pulak tu.. Tapi ketika itu juga secara automatic juga dalam kepala hotak kita mengingati ayat ayat suci Al-Quran untuk menghalang Hantu dari menggangu kita.. tak gitu...hehheh itu akulah...orang lain aku tak tau.. bercakap pasal hantu ni..seumur hidup aku tak pernah lagi terserempak dengan hantu...bukan cakap tingggi atau takbur...memang aku tau keujudan mahluk ini dibumi ALLAH..
Suatu ketika dahulu ketika itu aku masih kecil lagi , tak tau hantu kah atau khayalan aku sahaja. Suasana padi itu memang sunyi yang kedengaran hanya lagu nyayian Sharifah Aini bertajuk September... sampai sekarang ni aku masih lagi ingat melodi lagu itu. Bangun sahaja aku dari tidur aku terus duduk di hadapan pintu sambil termenung, belum sarapan pagi lagi, hujan panas diluar sana, sawah padi saujana mata memandang, ketika itu lah aku melihat satu lembaga yang kelihatan seperti ...cammaana nak explain hah??? macam ni lah you all pernah tak lihat seseorang dibalik sermin yang kabur tu..macam tulah lebih kurang bentuk badan mahluk ni... tetapi ianya jelas kelihatan cuma kita boleh lihat menembusi badannya macam lutsinarlah. So dipendekkan cerita lembaga ni menjebik kat aku ..almaklumlah masih kecil mesti marah kalo dicebik ..lantas aku turun tangga untuk mengejar lembaga tersebut. Semakin aku kejar semakin jauh dan pantas ianya lari merentasi sawah padi. Jadi aku berhenti lah di atas ban..sambil memerhati dari jauh rasa nak ku pelenkong jer lembaga itu. Oleh kerana aku tak dapat mendapat kan lembaga itu aku balik lah kerumah. Emak aku dan adik beradik aku hairan melihat aku berlari kearah sawah. Jadi mereka bertanya apa yang telah aku buat so aku ceritalah apa yang sebenar yang terjadi... setakat tu aku lupa dah...so itulah pengalaman aku setakat ini melihat lembaga ni di alam nyata dan di siang hari.. selebihnya hanya di dalam mimpi... Dalam mimpi lagi lah dahsyat macam macam bentuk dan rupa.. hanya ayat ayat alquran jer yang aku guna sebagai senjata melawan mereka didalam mimpi. Setakat ini aku selalu Hero dalam mimpi aku hhehehee tak tau lah esok atau lusa...

No comments: